Animated Sonic

Minggu, 11 November 2018

Tugas 1


Pengertian Jurnal dan Artikel
Jurnal ilmiah adalah sebuah buku yang mengandungi informasi dan ditulis sesuai dengan kaedah – kaedah penulisan ilmiah serta diterbitkan secara berkala (Hakim, 2012). Artikel pula  adalah karya penulisan yang dirancang untuk dimuat dalam jurnal atau buku kumpulan artikel yang ditulis dengan tatacara ilmiah. Setiap jurnal akan mempunyai nama penulis, tahun ianya diterbitkan, nama penerbit, dan juga nombor siri bagi jurnal tersebut (nombor ISSN).
Artikel ilmiah dapat diterbitkan dari hasil penelitian lapangan, hasil pemikiran dan kajian pustaka, atau hasil pengembangan projek. Dari segi sistematiknya penulisan isinya, artikel dikelompokkan kepada dua iaitu  artikel hasil penelitian dan artikel bukan penelitian. Berbeza dengan Makalah, kerana ianya adalah karya tulis yang memuatkan pemikiran tentang suatu masalah atau topik tertentu yang ditulis secara sistematik disertai dengan analisis yang logik dan mempunyai objektif tertentu.
Apabila ahli-ahli sains mempunyai maklumat yang diperoleh daripada eksperimen mereka biasanya menulis penemuan mereka untuk dimasukkan ke dalam jurnal saintifik. Membaca artikel jurnal boleh membawa diri anda untuk mengenal dan membaca beberapa jurnal artikel yang lain mengenai topik-topik yang berkait rapat. Ini kerana, setiap jurnal artikel mempunyai idea-idea baharu yang mampu menyebabkan anda berfikir dan ingin mengetahui perkara tersebut. Oleh yang demikian, satu-satunya cara untuk menemui kebenaran idea tersebut adalah dengan membaca jurnal yang lain.
Dengan kelebihan ini, jurnal dan artikel sangat sesuai untuk digunakan di dalam sebuah proses pengajaran dan pembelajaran. Ayat-ayat dan juga perkataan-perkataan yang digunakan di dalam artikel mahupun jurnal merupakan susunan ayat ilmiah dan baku, secara tidak langsungnya memberi kelebihan kepada pembaca jurnal untuk mempelajari tatabahasa sesuatu bahasa itu. Berbalik kepada konteks sekolah rendah, sememangnya membaca jurnal ataupun artikel kajian yang tebal amat membosankan bagi kanak-kanak, namun guru boleh mencari alternatif lain di dalam menggunakan artikel dan jurnal sebagai bahan PdP. Contohnya, guru mengambil satu ataupun dua perenggan daripada jurnal mahupun artikel yang boleh memberikan idea dan membuka minda murid-murid apabila membacanya. Dengan bimbingan guru, murid boleh dilatih untuk berfikir secara kritis dan mendalam mengenai sesuatu perkara apabila membaca jurnal.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar